Wednesday, March 12, 2008

Kari Sotong Sumbat



First time makan ni di rumah kak Eja di Ipoh ni beberapa thn lepas. Something different than the usual curry, and its a variation to cook squid. Selalu x de idea kalau nk msk sotong.

Bahan2:

Sotong (lebih elok kalau dpt sotong yg besar2), bersihkan, buang kulit nipis, tulang

bahan A-
Isi ayam, cincang
1 biji ubi kentang, potong dadu kecil
sedikit daun sup dan daun bawang
1/2 biji bawang besar, potong dadu
garam
lada sulah

- campurkan semua bahan A
- sumbatkan ke dlm sotong, jgn terlalu penuh, tinggalkan ruang, kerana sotong akan mengecut apabila dimasak.
- sumbatkan dgn kepala sotong dan cucuk dgn lidi

Bahan kari-

2 camb minyak masak utk menumis
1 biji bwg merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 peket rempah kari, dibancuh dgn sedikit air, membentuk pes
1 mangkuk santan
sedikit air asam jawa
garam


Cara:
- panaskan minyak.
- tumis bawang merah dan bawang putih
- masukkan rempah kari. kacau hingga naik minyak.
- masukkan santan, air asam jawa dan sotong.
- biarkan sehingga mendidih
- perasakan dgn garam secukup rasa.

p/s- x menarik betul gambar2...hmmm kena improve teknik fotografi ni :):)